JKR sedang rancak membina jambatan baru dari Piasau ke Pulau Melayu, Miri, untuk menggantikan Jambatan Shell yang telah tua tapi masih berupaya. Memang patut sangat jambatan tua ini diganti kerana
1. memang umurnya dah tua,
2. terlalu rendah untuk para nelayan dari Piaasau Utara berulang alik ke Muara sungai Miri.
3. waktu puncak jambatan ni sesak.
Telah tiba masanya kerajaan mengambil alih laluan ke Pulau Melayu ini. Dengan kepesatan pembangunan Miri, jambatan yang sedia ada semakin tidak berupaya menanggung jumlah kenderaan yang menggunakan jambatan satu lorong ini. Penggunaan jambatan yang sedia ada juga terhad kepada kereta dan lori kecil sahaja. Saiz dan kapasiti jambatan Shell ini tidak mampu untuk menampung lori besar dan berat. JIka penduduk Pulau Melayu atau Piasau Camp memerlukan penggunaan lori besar, mereka terpaksa melalui Jambatan Lutong yang 3 kali ganda jauh perjalanannya ke Bandar Miri.
Kontraktor yang membina jambatan baru ini nampaknya Shin Yang lagilah. Begitulah lagaknya di Miri ni. Kalau ada sahaja projek kerajaan, maka Shin Yang sahajalah akan menang. Menurut rungutan (repekan?) orang-orang Miri, masuk tahun 2020 nanti, Shin Yang lah yang menjadi majikan kepada penduduk bumi Miri ini. Mahu taknya, halakan sahaja mata anda maka anda akan lihat pengaruh (baca: projek) di mana-mana!.
Kita tak kisah kalau Shin Yang buat, tetapi haruslah pada harga yang manasabah dan bermutu. jangan jadi seperti Jambatan Asean yang merentasi Batang (sungai besar; hic!) Baram. Dah sepuluh tahun lebih Jambatan Asean tol RM10 pergi balik.Memang cekik darah Shin Yang kat sini. Dah kerajaan bagi tanah pada Shin Yang tapi masih tamak nak tekan TOL pada para pengguna. Memanglah majoriti penggunanya Orang Brunei yang datang ke Miri untuk membeli-belah, tapi tetap menyiksa poket rakyat tempatan.
Satu lagi penyakit Jambatan Asean Kuala Baram ni, pukul 12 tgh malam dia tutup. Tak ke haru. Ada kampung sebelah seberang sana tu. Kampung Masjid. Kalau ada darurat orang sakit atau ibu nak bersalin, kan ke susah. Perahu tambang pun tak ada malam2 buta. Pernah ada kes orang sakit tenat mati kerana tak dapat dibawa ke hospital. Nak ke Brunei, sempadan tutup, nak ke Hospital Miri, jambatan pula ditutup. Mati je lah. Ni Taib kena jawablah di akhirat esok. Kalu Taib surh Shin Yang buka pasti jambatan tu buakak...Shin Yang ngan Taib kan kamcheng!
Kita mahu pembangunan tetapi bukan yang menyakitkan rakyat. Kita mahu pembangunan yang menguntungkan rakyat. Kalau beribu ekar tanah diberi pada tokeh besar sebab buat jembatan, apa salahnya rakyat guna jembatan secara percuma.
Bila lagi tokeh-tokeh besar mahu menolong rakyat jelata yang selama ini menyokong perniagaan mereka. Satu lagi, JANGAN SEKALI-KALI TERFIKIR NAK PASANG PONDOK TOL di Jambatan Baru Piasau-Pulau Melayu!!
I rest my case.
Sheikh Sambal
No comments:
Post a Comment