02 September 2010

Berbuka di Kpg Bedup, Sg Buluh, Serian

Sheikh Sambal berpeluang mengikut rombongan Ahli Kariah Masjid Al Muhajirin Matang Jaya, Kuching untuk berbuka puasa di sebuah kampung Saudara Kita Bidayuh Muslim di Serian. Kampung Bedup, Sg. Buluh, Serian terletak lebih kurang 10km dari Bandar Serian. Perjalanan dari Bandaraya Kuching memakan masa lebih kurang 1 jam.
Surau An Nur, Kampung Bedup, Sg Buluh, Serian.
Masyarakat Bidayuh ini mula menganut Agama Islam sekitar tahun 70an dan 80an dahulu. terutamanya semasa Tun Abdul Rahman Yaakob menjadi KM Sarawak. Tun Rahman memang bayak jasa dalam mengembangkan Islam di kalangan masyarakat pribumi Sarawak. Di bawah Pertubuhan Dakwah Islamiah Bukan Kerajaan (NGO)yang dinamakan sebagai Angkatan Nahddatul Islam Bersatu atau ringkasnya BINA pada 3 Mei 1968 M, Tun Rahman telah mengembling sumber yang ada untuk mengislamkan ramai suku kaum Dayak di Sarawak.Kini BINA telah bertukar menjadi HIKMAH (Harakah Islamiah).

SS bersama dengan penduduk kampung sedang menunggu waktu berbuka.
Salah satu kaum yang menyambut dakwah BINA ialah Kaum Bidayuh di Kg Bedup, Sg Buluh ini. Ada 3 kampung di sini. Hanya satu sahaja kampung Bidayuh Muslim. Ada lebih kurang 40 buah rumah dengan lebih kurang 150 orang penduduk. Masuk sahaja ke Kg Bedup, kita akan nampak sebuah surau berdiri megah. Surau AnNur. Di sinilah tempat masyarakat Islam bersosial. Ada sebuah KAFA juga dibina disebelah surau ini. Anak-anak kampung belajar fardhuain di sini. Seorang ustaz ditugazkan mengajar anak-anak kampung.
Muslimah Masjid Al Muhajirin sedang bermesra dengan kaum ibu Kg Bedup sambil menunggu waktu iftar.
Dibandingkan dengan Kg Hj Taha di Bakong, Miri dan Kg Saudara Kita, Ulu Kota, Pakan, Sarikei - Kg Bedup jauh lebih baik. Jalan masuk ke kampung sudah ditar dan kemudahan api letrik dan air paip juga ada. Mungkin sebab Kg Bedup ini dekat dengan Kuching.
Anak-anak muda Kg Bedup - penerus dakwah Islamiah di kalangan penduduk Bidayuh.

Sheikh Sambal sembat berbual mesra dengan Imam no.2 Surau An Nur,  Hj Zakaria selepas solat teraweh. Beliau masuk Islam bersma seluruh keluarganya sekitar tahun 80an. Menantu beliau berkahwin dengan seorang ustaz dan anak beliau juga lulusan agama. Beliau tinggal di kampung sebelah di mana rumah beliau dikelilingi oleh rumah-rumah orang bukan Islam. Walaubagaimanapun, beliau tidak mempunyai masalah dengan keadaan itu kerana rata-rata penduduk di sini bersaudara.
Ustaz Md Ahir, sedang memeberi tazkirah kepada jemaah.
Dalam tazkirah sebelum solat terawih oleh Ustaz Md Ahir,Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Islam Sarawak, menekankan agar penduduk Islam menunjukkan akhlak yang baik kepada masyarakat bukan Islam agar ia menjadi dakwah dan sumber hidayah untuk lebih ramai penduduk tempatan memeluk Islam. Nampaknya itulah yang sedang dilakukan oleh Hj Zakaria dan ahli kariah Surau An Nur.

Hj Zakaria (berjanggut putih), Imam No 2 Surau An Nur
Semuga Kg Bedup menjadi kampung contoh Bidayuh Muslim di Sarawak ini dan Islam tersebar luas di kalangan Kaum Dayak. Sama-samalah kita doakan.


Sheikh Sambal.
22 Ramadhan 1431


2 comments:

Azura Narawi said...

Salam perkenalan, sy nak buat assignmt berkenaan kpg Sg.Buluh, saudara ada simpan data berkenaan kpg ni ke, kalau boleh sy mohon utk guna data tersebut.

Azura Narawi said...

Salam perkenalan, saya sedang buat assignmt ttg kpg sg. Buluh, en.blogger ada simpan data ttg kpg tersebut ke selain yg dah di tulis. Terima kasih