30 August 2010

Hati-Hati Berbuka Di Hotel!

Utusan Malaysia 18/8/10 melaporkan bahawa 70% hotel-hotel sekitar Lembah Kelang yang tidak mempunyai Sijil Halal JAKIM menawarkan BUFET RAMADHAN yang bercampur arak dalam hidangan makanan mereka. Lihat laporan di sini.

Ini amat mengerikan kerana Bufet Ramadhan amat popular di seluruh negara dan perkataan BUFET RAMADHAN itu sendiri membawa tanggapan bahawa semestinya makanan yang disediakan itu halal. Maklumlah kan makanan untuk Orang Islam berbuka puasa. Bila Orang Islam makan mestilah halal. Itu diketahui oleh semua orang. Malangnya kebanyakan hotel-hotel ini tidak memperdulikan sensitiviti pelanggan-pelanggan Muslim mereka. Contaoh terbaik adalah sos yang dicampur arak kononnya untuk menambah perisa (lihat sini).

Gambar di atas sekadar hiasan.
Pemantauan dari pihak JAKIM nampaknya telah membongkar isu halal ini. Tahniah kepada JAKIM kerana lebih agresif sekarang. Sepatutnya dari dulu lagi JAKIM berlaku garang begini.

Bufet Ramadhan menjadi kegilaan semenjak tahun 1990an. Bulan Ramadhan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh hotel-hotel dan kelab-kelab untuk membuat banyak duit dengan menyediakan perkhidmatan berbuka puasa kepada orang ramai. Kebanyakan tempahan bufet ini dibuat oleh syarikat-syarikat untuk meraikan pelanggan-pelanggan dan kakitangan Muslim mereka.

Kambing golek, antara hidangan yang amat popular dalam Bufet Ramadhan.
Bufet Ramadhan tumbuh seperti cendawan tetapi pemantauan kesucian serta kehalalan makanan yang disediakan amat kurang. Maka hotel-hotel yang hanya mengira kantung mereka tidak memperdulikan soal halal haram makanan yang disediakan. Yang penting hanya keuntungan dari kegilaan orang ramai mengisi perut setelah seharian berlapar dan dahaga.

Sejak Akta Halal yang akan diperkenalkan diwar-warkan, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seperti terpanggil untuk menjadi lebih garang dalam pemantauan Sijil Halal. Akta Halal belum lulus tetapi boleh pula guna Akta Perihal Dagangan 1972. Adapun akta yang boleh diguna.... Kenapa tak pakai dari dulu?
Orang Putih kata 'better late than never' Semuga dengan lulusnya Akta Halal tak lama lagi, usaha membenteras makanan tidak halal disajikan kepada orang-orang Islam dapat dibuat dengan lebih kerap dan teratur. Pemakaian satu sahaja logo halal iaitu dari JAKIM juga akan memberi impak yang besar kepada kepatuhan para pengeluar makanan dan perkhidmatan di negara ini. JAKIM akan lebih bertaring untuk bertindak ke atas sesiapa saja yang mempamirkan logo halal selain dari logo halal rasmi JAKIM.

Syabas JAKIM .

No comments: