14 September 2010

Daulat Tuanku Sultan Yang Baru

Sheikh mengucapkan tahniah kepada rakyat Kelantan kerana mendapat seorang Sultan yang baru, yang amat disenangi oleh rakyat jelata. Walaupun Sheikh Sambal bukan rakyat Kelantan tetapi tumpang gembira dengan lipatan baru sejarah Kesultanan Kelantan. Memang susurgalur ke arah perlantikan Tengku Faris menjadi Sultan Kelantan yang ke-29 penuh dengan liku kontroversi tetapi sememangnya berbaloi. Baginda adalah seorang yang dilihat berjiwa rakyat dan berkelakuan begitu juga.

Mana Sultan atau Tengku Mahkota atau Raja Muda yang berani baca khutbah? Juga imamkan solat hajat rakyat di stadium. Memakai jubah biasa dan bergaul bersama jelata di masjid dan pekan-pekan. Turun bertanya khabar kepada rakyat yang dirundung mungkin biasa dilakukan oleh mana sultan tetapi cerita rakyat mengatakan baginda turun menolong nelayan tua menarik pukat seorang diri tanpa diketahui oleh oleh orang tua tersebut adalah keajaiban.

Beruntunglah rakyat Kelantan mendapat Sultan yang benar2 berjiwa rakyat dan berguru dan dinasihati oleh seorang Tok Guru yang tawadhuk dan tinggi ilmunya. Semuga Negeri Kelantan bertambah makmur di bawah naungan Baginda Sultan yang baru.

Allahu akbar! Daulat Tuanku!

No comments: