Berita baru-baru ini agak mengejutkan PAS Miri. PAS tak akan bertanding di Senadin. Terkedu semua pejuang-pejuang PAS Miri bila mendengar berita gempar ini. Risalah dah cetak 7000 helai, kertas berkualiti lagi tuh. Banner dah siap tunggu gantung saja dengan gambar calon kita sekali. Jentera dah mula 'full swing'. UPU Kuala Baram, Lopeng, RIam dan Tanjung pun dah naikkan jentera masing-masing.
Markaz Permai yang akan jadi Markaz Induk telah beroperasi dengan mantap. Jentera PAS Selangor telah bertali arus membuat kunjungan di Miri sejak tahun lepas. Malah kali ini, majoriti pejuang-pejuang PAS Selangor telah menempah dan membeli tiket kapal terbang untuk bekerja keras di Miri. Semua ini dengan tujuan untuk memenangan PAS di Miri. PAS membawa keadilan Islam. Bumi Miri telah dipilih untuk menterjemahkan usaha ini.
Segenap pelusuk Senadin telah diziarahi. Telah ramai rakyat marhaein dimesrai dan dibantu semampu mungkin. Tak kira bangsa apa pun , rakyat Dun Senadin kita jumpa. Sambutan mereka amat baik. Mereka amat mengharapkan pertolongan PAS dalam isu-isu rampasan tanah oleh Rejim Taib. Maka HAK pun ditubuhkan di Daearah Miri untuk menelusuri isu ini. Beberpa perjumpaan dengan mangsa telah dibuat dan mereka memberikan harapan kepada PAS untuk memperjuangkan nasib mereka.
Dari awal PAS bekerja di DUN Senadin. Tahun 2009 selepas PAS Miri dengan rasminya dilahirkan..ada saja program-program kemasyarakatan dibuat di Miri dengan tumpuan di DUN Senadin. Ramai pemimpin dari Semananjung dijemput untuk meraikan berbagai program di Miri. Alhamdulillah sambutan rakyat tempatan sentiasa hangat...
Bila sahaja DUN Sarawak dibubarkan, gerakkerja pilihanraya dan parti ditingkatkan. Jentera yang lebih mantap dibentuk di setiap UPU (ada 4) dan dikuatkan dengan ketua UPU yang berpengalaman. Pilihanraya olok-olok juga telah dibuat bulan lepas untuk memantapkan lagi kefahaman jentera dan petugas PAS. Keyakinan bahawa PAS akan membuat kejutan berada di paras tinggi.
Pemilihan calon dibuat seawal November 2010. Dari 7 nama jadi 3, Semua nama-nama tersebut mempunyai kewibawaan tersendiri dan di hantar ke Perhubungan Negeri Sarawak untuk dipilih. Dari 3 jadi 1. Segala periapan calon dibuat. Bahkan hingga apa nak buat jika calon kita kalah pun dibincangkan dan diambil satu ketatapan untuk memastikan calon yang bertanding, jika kalah, tidak akan terabai nasibnya.
Semua ketetapan dan calon yang terpilih diserahkan kepada Perhubungan dan Pusat untuk diperjuangankan pencalonan PAS di DUN N65 Senadin. Di peringkat Miri, Pakatan Rakyat masing-masing telah menyatakan hasrat mahu bertanding di mana dan dengan 3 DUN yang ada dalam Parlimen Miri, memang sepatutnya mudah untuk berlaku adil. PAS, DAP dan PKR masing-masing satu kerusi. Masing-masing juga memutuskan untuk membiarkan pusat untuk membuat keptusan akhir. PAS konfiden dan yakin akan mendapat Senadin, berdasarkan gerak kerja dan usaha selama 2 tahun, sejak PAS Miri lahir.
Pimpinan PAS yang dianggotai oleh Timbalan Presiden, SU Pusat dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, berunding dengan DAP dan PKR Pusat. Semakin hari semakin berdebar bila PAS Miri mendapat tahu bahawa DAP dan PKR juga mahukan Senadin. Sampai hari terakhir, Ust Nasha cuba mempertahankan Senadin. Malangnya pada hari terakhir perundingan PAS Pusat melepaskan Senadin kepada PKR. Alasannya kerana PAS Miri tidak mempunyai calon yang sesuai dan desakan dan pujuk rayu yang teramat sangat oleh PKR apabila PKR terpelanting dari bertanding di semua bandar besar. DAP tidak memberi jalan sedikit pun pada mereka, kecuali di Padungan yg PKR menang dulu (akhir bertukar dengan DAP di Batu Kawa).
DAP yang menggenggam Pujut dan Piasau tidak mahu memberi jalan kepada PKR. Akhir PKR terdesak dan menggasak PAS untuk menyerahkan Senadin yang pada mulu dulu merekalah orang yang menyokong PAS untuk bertanding di Senadin.
Atas desakan dan pujukrayu Azmin dan Anwar, PAS akhirnya melepaskan Senadin dengan di tukarkan dengan Sadong Jaya. Apa rasionalnya, Kumpulan Bertiga perunding PAS harus memberi jawapan!. PAS Miri 'deserved' untuk diberikan alasan yang kukuh kenapa Senadin dilepaskan. Begitu juga PAS Selangor dan Sabah yang dipertanggungkawabkan untuk menolong PAS Miri.
Sheikh Sambal dengan ini, meminta dan mendesak Ustaz Nasa, Dato Mustafa Ali dan Dato Abdul Halim untuk memberikan penerangan kepada kami di Miri. Kenapa PAS Miri tidak diberikan peluang bertanding di DUN N65 Senadin?. Tolong beri jawaban.
Sekian,
Sheikh Sambal.
PAS For All.
2 comments:
wau...susah nak jawab...hntr surat kat pusat ka?...
agak2 ada orang nak layan ke ya Muazzam?
Post a Comment