Sheikh Sambal hari ini (15/4) berkesempatan mengiringi Pengarah JITP untuk meninjau persiapan petugas-petugas IT di DUN Muara Tuang, Sadong Jaya dan Sebuyau. Pakar-pakar IT dari pusat turun padang sejak semalam bagi memastikan perjalanan hari-hari terakhir kempen dan mengundi berjalan lancar. Maklumat perlu sampai dengan jelas dan tepat.
Dengan keperluan untuk memastikan perkara tersebut beres, Pungarah JITP mahu memantau sendiri keadaan di DUN Muara Tuang, Sadong Jaya dan Sebuyau. Kami pergi dengan sebuah kereta. Hentian pertama melawat Rumah Perak di DUN Muara Tuang. Langkah kanan pula..maka makan tengahari kami di Rmh Perak. Team mereka dah siap siaga.
Selpas solat kami teruskan perjalanan ke Sadong Jaya dan Sebuyau.Perjalan licin. Pemandangan di kiri kanan jalan sangat menarik. Penduduk di sini suka bercucuk tanam di tepi jeraya (jalan raya). Tanaman yang popular ialah padi huma, jagung dan pisang. Subur-subur sungguh tanaman mereka. Penggunaan tanah maksimum dipraktikkkan. Hampir 80% kawasan rezab diusahakan. Begini barulah tak membazir namanya. SS tak tahulah samada mereka mendapat lampu hijau dari pihak berkuasa atau tidak, yang pentingnya tanah rezab tepi jalan itu dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.
Feri Muara Tuang yang melintasi Sg Tuang menghubungkan Kota Samarahan dan Asajaya. sungai ini cuma lebih kurang 40m lebar, jambatan seharusnya tidak ada masalah untuk didirikan. Malangnya sejak berpuluh tahun rakyat di sekitar Muara Tuang dan Asajaya terpaksa menggunakan feri untuk melintasi Sg Rambunagan. Paling menyakitkan hati ialah waktu air surut. Air surut feri tak boleh jalan. Maka orang ramai terpaksalah menggunakan jalan jauh yang menambah lagi 50km.!
Dalam kempen pilihanraya yang lepas-lepas, janji manis BN untuk menarik undi rakyat ialah untuk membina jambatan tapi sampai sekarang jangankan jambatan, titi pun tak ada. Dengar khabarnya pemegang konsesi feri disitu ialah adik Tok Uban yang juga calon BN di DUN Muara Tuang. Sebab itulah jambatan tak dibuat-buat lagi. Kalau ada jambatan tentu feri terbuang, maka miss shorulah kroni RM7k sehari (kata orang lah..).
DUN Sebuyau sebelah Sadong Jaya dipisahkan oleh Batang Sadong. Di sini satu lagi lintasan feri. Batang Sadong sangat lebar. Lebih 5 kali ganda lebih lebar dari Sg Tuang tadi. Yuran feri masih RM1 sama macam di Sg Tuang. Jangan keliru. Yuran RM1 itu bukan bayaran sangat kpd kontraktor kensesi. Habuan mereka ialah sabsidi kerajaan kepada mereka. Katanya RM7k sehari. Kalau sebulan dan RM210k. Lumayan tu! Patutlah tak nak buat jambatan. Biar rakyat derita menunggu feri tapi tokey kaya!!
SS terlupa isi minyak penuh di Kota Samarahan sebelum menaikki feri. Selepas melintas baru perasan minyak kereta tinggal setakuk sahaja. Nak sampai ke Sebuyau dan balik memang tak cukup. Tanya Pak Cik "Carmin" dan "Google Map" mengatakan bahawa stesyen petrol terdekat ialah 97km di Saratok. Balik ke Kuching rasa tak berbaloi sebab terpaksa menaikki feri lagi.
Buat pengetahuan, tak ada stesyen minyak di Asajaya, Sadong Jaya dan Sebuyau. Tiga daerah ini meliputi kawasan sepanjang lebih kurang 100km. Penduduk di ketiga-tiga tempatnya ini ramai. Kereta dan kenderaan bermotor semakin banyak tapi terpaksa beli minyak runcit yang dijual dalam botol plastik. Harnya tentulah lebih mahal. RON95 RM1.90, di sini RM2.30 Memang gila!. Kalah harga "V" Power!! Asajaya adalah tempat Taib mula jadi ADUN. Tapi Taib tak nampak keperluan penduduk setempat untuk mendapatkan bahanapi dengan mudah. Yang dikiranya hanyalah macamana nak kaut untung berlipat kali ganda!!
Sampai Sebuyau, pukul 4ptg. Rumah Kedah hanya ada 4 orang petugas di situ. Yang lain-lain semua dah keluar berkempen. Nak masuk ke dalam tadi terpaksa mengharungi kampung yang penuh dengan bendera dan poster BN. Tengok jumlah poster dan bendera, PAS kalah dah. Bila berbual dengan orang setempat, rupanya PM Najib datang semalam. Patutlah orang Sebuyau berlakon sakan. Mereka kata mereka gantung banyak-banyak poster kerana nak ambil hati PM. Ini menunjukkan kita bahawa sokongan rakyat kepada BN sangat 'sirrr' Kalau tunjuk sangat nanti Najib mungkin terus balik lalu tak buat makluman tentang projek besar-besar dalm Sebuyau ini.
Oh...begitu. Tak pa lah orang Sebuyau. Kalau Najib bagi duit ambiklah. Itu memang hak kita. Tapi bila pangkah nanti mesti pangkah BULAN. Dan itulah yang diberitahu oleh seorang petugas PAS berbangsa Iban, Andrew Entangor. Kebetulan beliau datang untuk mendapatkan 5 helai baju PAS untuk diberikan kepada petugas-petugas bawah arahannya yang kebayaknnya adalah Orang Iban. Dia sempat bersyarah dengan kami menhentam pemerintahan Taib Mahmud. Idola Andrew ialah TGNAyang tidak menggunakan kedudukan
Beliau bangga memakai baju dan Vest PAS. SS berdoa semuga Andrew mendapat hidayat dari Allah. Kerja kuat beliau untuk memenangkan PAS sangat menyentuh rasa. Orang Melayu yang ada Islam dalam dada pun susah nak mendakwahi rakan-rakan bukan Islam.
Selepas menghabis 2 pinggan besar goreng udang galah, SS dan rombongan bertolak balik ke Kuching tetapi singgah sekejap di Markaz Rumah Selangor di Sadong Jaya. Walaupun dah 3 hari udang itu tersimpan, rasanya sangat nyaman!!
Team Selangor sangat hebat melakukan kerja pilihanraya. Tapi bila YB dan bakal YB berborak jangan tunggu depa, nanti kerja awak yang tak siap.Mengikut kajian Zentrum, PAS akan menang sekurang-kurangnya 2 kerusi. Tapi angka ini mungkin akan bertambah atau mungkin juga lesap. Bisa saja,
Alhamdulillah . Bumi Allah memang luas.....
Sheikh Sambal
No comments:
Post a Comment