Siang tadi Sheikh Sambal pergi meninjau kawasan DUN Beting Maro. Kami dua orang dari Pejabat Perhubungan Matang Jaya, Kuching bertolak pada pukul 7.30am selepas sarapan di Restoran Bismi Cafe, Matang Jaya.
Perjalanan memakan masa selama 4jam setengah. Cuaca mendung dan ada sedikit hujan di Sri Aman. Sampai di Pekan Pusa pukul 11.45am. Pening jugak mana cari Markaz Induk Beting Maro.Dalam tak tahu mana nak dituju tu, Sheikh Shuhaimi IT terserempak dengan rombongan calon sedang beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Tamu Pusa. Alhamdulillah. Letih 4jam lebih memandu dengan jalan yang tak berapa senonoh bagi negeri yang kaya raya nih, terubat rasanya. Tidaklah kami melilau nak cari markaz. Allah bawa sendiri calon dan rombongannya kepada kami untuk tunjuk jalan ke sana.
DUN dimana PAS Bertanding : N3 Tanjong Datu, N15 Muara Tuang, N20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau, N24 Beting Maro |
N24 Beting Maro adalah sebuah kawasan penempatan Melayu (juga Melanau) yang kebanyakannya adalah nelayan. Melayu majoriti di sini. Sedikit penduduk Cina dan minoriti besar juga Kaum Iban. Ada beberapa rumah panjang di sekitar Beting Maro ini. Beting Maro boleh dibahagikan kepada daerah Beladin, Pusa dan sebahagian Betong.
Kawasan DUN N24 ini dibelah oleh Batang Saribas. Sebuah sungai yang besar di mana ada 2 terminal ferri digunakan untuk mengangkut manusia dan kenderaan. Ramai orang miskin di sini. Tanah yang mereka duduki adalah tanah TOL yang dah berpuluh tahun didiami. Tanah yang tak berkertas pun banyak juga.
Kesah tanah NCR penduduk di sini dambil oleh syarikat perldangan besar negara sentiasa diperkatakan oleh orang kampung. PM Najib pernah datang untuk majlis berkenaan kelapa sawit. Beliau dengan bangganya mengishtiharkan mahu menjadikan Pusa sebagai Hub Kelapa Sawit Sarawak. Apalah gunanya hub kelapa sawit jika tanah yang dibanggakan kelapa sawitnya adalah rampasan dari tanah kebun orang-orang kampung.
PAS datang ke daerah ini membawa satu harapan untuk orang kampung di sini. PAS Kelantan diamanahkan untuk berkempen di sini. Sejak pilihanraya 2001, Pas Kelantan bermukim di sini. Tahun 2006, PAS cuma kalah 880 undi sahaja di Beting Maro. Jangkaan PAS akan menang sangat tinggi kali ini. Orang-orang kampung tanpa segan silu menyatakan sokongan mereka kepada PAS. Dulu mereka agak takut. Tetapi tidak kini. Beting Maro sudah hampir masak. Datang PRN ke-10 ini pada 16 April nanti, buah yang masak ranum ini akan dipetik untuk dirasa samarata oleh penduduk-penduduk Betin Maro.
Calon PAS di sini adalah seorang anak muda berumur 32 tahun. Beliau berasal dari daerah ini dan bekerja sebagai seorang peguam. Sangat komited dengan perjuangan memertabatkan Islam dan keadilan sejagat. Beliau mempunyai firma sendiri dan bermastautin di Bangi Selangor.
ABANG AHMAD KERDEE BIN ABANG MASAGUS |
Tadi SS sempat bersua dengan anak muda ini. Beliau amat bertenaga. Lepas solat zuhur di markaz beliau mengadakan rakaman rayuan undi khas yang akan di'upload' ke internet. Selepas itru terus bergegas untuk menemui penduduk di kampung seberang (perlu naik ferri).
Kerja-kerja di belakang tabir....rakaman sedang berjalan.. |
Para petugas dari PAS Kelantan sibut melakukan kerja masing-masing. Culaan yang dijalankan sangat memberangsangkan. Di satu tempat, seramai 769 orang dicula, hanya 20 orang saja orang dacing! Ini sangat memberangsangkan. Kalau trend ini sekata diseluruh kawasan, alamat boleh hilang wang pertaruhan BN ni!...hehehe... tapi jangan lekas sangat seronok. BN bukan calang-calang musuh. Musuh kaki penipu ni boleh berbuat apa saja untuk memenangkan calon mereka.
Sedangkan bantahan yang diterima SPR dan cukup sahih untuk 'disqualified' calon BN, adik si Taib, di Muara Tuang pun boleh dipinggirkan oleh SPR. Inikan pula hari mengundi. Sepatutnya PAS/PR telah memperolehi kemenangan tanpa bertanding di Muara Tuang. Calon BN tidak menghantar penyata kewangan mereka. Ini adalah bahan wajib yang mesti diserahkan bersama borang pencalonan. Kalau calon PR dah tentu ghuyub. Tapi sebab yang kena BN, maka SPR boleh pula tunggu 1jam setengah untuk BN menghantar penyata kewangan mereka. Maka tak jadilah PAS di ishtiharkan menang pada Hari Penamaan calon tempoh hari. Bagi BN halal bagi mereka menggunakan segala jentera kerajaan untuk memenangi pemilihan. Penyalahgunaan kuasa tidak ada dalam kamus mereka.
Walaubagaimanapun, PAS ada senjata ampuh. Iaitu DOA. Doakan senjata orang mukmin. Kita bersyukur pada apa yang Allah kurniakan kepada kita dan bersabar pada apa yang Allah timpakan pada kita. Menyusul dengan syukur dan sabar ialah doa yang makbul. Peracyalah..dengan doa sahaja BN akan kalah dan ghuyub.,..
Marilah kita sama berdoa untuk kemenangan PAS/PR dalam PRN ke-10 Sarawak ini.
SS sampai semula ke Markaz Matang Jaya pada pukul 7.30mlm. Lebih kuarang 12 jam berjalan hari ni. hehehe...
Sheikh Sambal
Markaz Matang Jaya.
No comments:
Post a Comment