Kejadian tumpahan minyak disel ke dalam Sg Liku yang menyebabkan pencemaran teruk kepada bekalan air kepada 300,000 penduduk Miri amat dikesalkan. 14,000 Liter minyak disel tumpah ke dalam sungai bukan perkara kecik anak. Ia ibarat kes Altantunya pada alam semulajadi.
Akhbar tempatan dan nasional cuma menyatakan sebuah syarikat pembinaan jalan punya angkara. Kalau syarikat yang bina jalan di Sarawak tidak lain dan tidak bukan adalah Cahaya Mata Sarawak (CMS). Hampir semua projek pembinaan dan penyelenggaraan jalan CMS atau anak syarikatnya yang sapu. Dan bagaimana sebuah syarikat yang besar begini boleh cuai ditempat yang sangat sensitif, iaitu kawasan tadahan bekalan air ke Loji Air LAKU Miri.
Mana Environmental Impact Analysis (EIA) CMS dalam projek pembinaan jalan di tempat kejadian. Apakah CMS main bulldoze sahajakah? Kalau ada bagaimana tumpahan boleh berlaku begitu mudah. 14,000 liter bukan sedikit. Jumlah ni sama macam satu lori tangki minyak.
Peristiwa ini boleh dikira sebagai satu malapetaka. Dan ia berlaku atas kecuaian pihak syarikat. Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) harus bertindak. Kalau ikut prosedur biasa, bila ada peristiwa yang mengancam keselamatan awam dan alamsekitar, satu arahan BERHENTI atau STOP WORK harus diperintahkan kepada syarikat yang melakukan kesalahan cuai itu. Siasatan menyeluruh mesti dilakukan supaya perkara yang sama tidak berulang kembali.
Seingga siasatan tamat, syarikat tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan di tempat kejadian. Siasatan mestilah menyeluruh dan tepat. CMS sendiri mesti mengambil tanggungjawab. Sebagai sebuah syarikat konglomerat yang amat besar, peristiwa pencemaran disel ini adalah satu tanda yang amat tidak sihat kepada CMS. Bagi membersihkan namanya dan alamsekitar CMS harus mengadakan siasatan dalaman dan ambil tindakan sewajarnya. CMS juga harus memberikan kerjasama yang baik kepada para penyiasat.
Walauapapun, Stop Work harus keluar dulu, sebelum siasatan besar dilakukan.
Wasalam,
Sheikh Sambal
No comments:
Post a Comment