Berita mengatakan LAKU Management Sdn Bhd, syarikat yang mengawal dan berniaga air di Miri, akan menutup loji penapisan airnya selama 3 hari telah menyebabkan suasana umpana waktu perang melanda Miri. Loji air itu khabarnya terpaksa ditutup kerana ada tumphan minyak disel ke dalam sungai yang membekalkan air ke loji LAKU. Ada desas desus khabar angin mengatakan bahawa ada orang buat sabotaj curah minyak dalam loji. Gila! Memang kerja orang gilalah kalau itu benar!
LAKU - tak ada air!!! |
Berita mula tersebar pada tengah hari. Dengan adanya media baru dan sistem telekomunikasi yang canggih berita yang mulanya sepoi-sepoi bahasa bertukar menjadi ribut puting berliung dalam sekejap masa. Orang ramai bergegas membeli segala air minuman dan air mineral dalam botol ada di pasaraya dan kedai0kedai runcit. Tidak sampai 3 jam, semua air di pasaraya besar habis dibeli manusia yang panik takut mati kehausan dalm masa 3 hari LAKU memberhentikan pengeluaran air bersih.
Suasana berebut-rebut berlaku di sana-sini. Sampai ada yang berkelahi merebutkan botol air mineral. Di kedai plastik dan kedai hardware, segala jenis baldi dan besen juga habis dibeli orang. Air hujan pula menjadi harapan untuk mereka yang tidak sempat membeli air botol.
Pukul 11 malam penulis yang baru balik dari KL singgah di kedai 24jam di Pelita Commercial Centre, untuk menjenguk kalau air mineral dari Bintulu dah samapai. Memang ada. Baru sahaja sampai kata pekerja kedai tu. Tapi harga telah melambung dari RM24/kotak menjadi RM36/kotak. Walamak!! Memang macam suasana perang da! Bila bekalan barang tidak mencukupi harga barang akan melambung tinggi. Dalam keadaan begini orang tak tidak ada kemampuan akan menderita.
Katalah bukan sahaja air yang kurang tapi semua barang makanan bekalannya terjejas oleh sesuatu malapetaka. Di waktu itu inflasi akan naik mendadak.Duit kertas akan makin tidak bernilai. Kalau sekotak air mineral naik harga 50% dalam masa beberapa jam sahaja, barang-barang begitu juga. Bahkan boleh menjadi berkali-kali ganda sehingga beribu kali ganda. Itu hyperinflation, seperti yang berlaku di Zimbabwe tidak berapa lama dahulu. 3 biji telur berharga 100billion dolar Zimbabwe!!
Beruntunglah mereka yang menyimpan komoditi bernilai pada waktu begini. Wang kertas akan menjadi sangat tidak bernilai, Hard cash adalah komoditi sebenar seperti beras, gandum, kurma, bijirin atau apa sahaja yang mempunyai nilai inti. Barter trade akan kembali. Tapi takkanlah nak pikul beras merata-rata untuk ditukarkan dengan sayur atau daging. Jadi alternatifnya adalah DINAR EMAS atau DIRHAM PERAK.
Suasana panik seperti yang berlaku di Miri pada hari ahad 4/3/12 boleh menuju ke suasana hyperinfaltion jika panik berterusan dan ekonomi merudum oleh sebab perang atau salah tadbir (seperti di Zimbabwe). Untuk melindungi diri dan keluarga, kita harus menyimpan harta dalam bentuk yang imun inflasi. Apa dia? Itulah simpanan emas dan perak. Tukarkan duit simpanan dalam bank kita kepada emas dan perak. Itu sahaja yang akan menyelamatkan nilai harta kita dari dibaham oleh INFLASI!!
Kerajaan BN tidak akan dapat menolong anda. Bahkan boleh jadi macam Zimbabwe jika dibiarkan terus mentadbir negara ini. Sekarang pun kita dah terasa sangat kenaikkan harga barang-barang keperluan!!.
Wasalam,
Sheikh Sambal.
No comments:
Post a Comment