23 May 2011

Skil Keibubapaan Zaman IT

Petang tadi Sheikh Sambal pergi sesis 'Parenting Skill" di Pustaka Miri. Ini yang SS dapat...

Dr Shukri pakar motivasi  dari Yan Kedah bertanya antara dan ibu bapa siapa pelakon utama dan siapa pula pelakon tambahan? Lalu para pendengar pun menjwab tentulah ibubapa. Merekalah sebenarnya hero dalam panggong keluarga. 
Rupanya tidak. Contah yang diberi oleh beliau amat kena pada era anak-anak siber sekarang. Bila anak meminta bapa untuk dibelikan handphone memang bapa tak  nak bagi. Sebab itu bukan keperluan pada anak-anak. Tetapi bila anak mengancam untuk tidak pergi tuisyen, terus sahaja bapa itu membelikan dia handphone. Ancaman anak-anak kini membuatkan ibubapa menjadi pelakon tambahan sahaja. Anak-anak sebenarnya hero atau heroin dalam layar keluarga sekarang.
Anak-anak sekarang jauh lebih canggih dari waktu ibu bapa mereka. IT adalah permainan mereka. Cara ibubapa menangani mereka juga mengikut rentak IT juga sehinggakan ibu bapa berborak atau menegur anak dalam FB sahaja.
Skil terkini ibubapa perlukan adalah skil yang boleh melengkungi siber ini. Ibubapa jika buta siber maka anak-anak akan mudah melengkungi mereka. Zaman IT adalah zaman yang `perlukan kepekaan ibubapa tahap maksimum. Yakni harus peka pada apa yang dilwati anat dalam talian, mesej apa yang masuk dalam handphone anak dan siapa kawan-kawan dalam talian.
Skil ini ini amat kurang pada ibubapa. Bila tak faham apa yang anak-anak perbuat maka ibubapa akan mudah di'trick' oleh anak-anak.
Selain komputer dan talipon, anak-anak juga harus diawasi tentang masa mereka. Jika anak-anak itu duduk di rumah bila masanya mereka biasanya tertumpu depan TV. Olehkerana TV di Malaysia ini lebih 80% isinya adalah hiburan, maka masa anak-anak terpacat depan TV amat tinggi.
TV sebenarnya adalah PENCURI ;1. Masa, 2. Tumpuan, 3. Tenaga, 4. Emosi 5. Duit, dan sebagainya.TV Malaysia yang terlampau mengajak kepada hiburan menyebabkan rakyat Malaysia jumud. Fikran yang tak berkembang akan menyebabkan sesuatu bangsa itu jumud. Masa terlalu banyak di hadapan TV. Fikiran pula akan dibelengu oleh TV  dengan berbagai cerita hantu tak sudah-sudah.
Anak-anak kita tertipu oleh 'keindahan' makhluk TV ini.Masanya terbuang, tangisnya bukan memandang anak Palestin yang dibom Israel tetapi air matanya jatuh berjuraian bila melihat artis kegilaannya terkeluar dari Akedemi Fantasia. Bukan setakat anak-anak, tetapi ibubapa pun terbuai sama oleh pukulan libas maut program hiburan dan realiti Malaysia. 
Bagaimana mahu mengatasinya? Jawaban ringkas adalah tutup TV itu. Mungkin berkesan untuk jangkamasa pendek. Bila ibubapa tiada tentu TV rakan karib anak, dari pagi sampai ke malam.
Apa nak buat? Ingatlah sebenarnya anak-anak perlu didisiplinkan. Ibubapa mesti tegas. Waktu maghrib sampai Ishak mesti tutup TV. Itu peraturannya. Lepas Ishak, makan malam dan sambung ulangkaji semula. Jangan diberi ruang kepada anak untuk membuka TV. Luangkan masa ibubapa untuk bermesra dengan anak-anak. Bila anak-anak yakin akan kasih sayang ibubapada dan ketegsan mereka tentang disiplin, maka mudahlah mereka mendengar cakap kita.

Anak-anak suka pada sentuhan kasih sayang ktta. Mereka mahukan sedikit ketegasan ibubapa. Katakan tidak pada apa yang kita rasa bukan keperluan. Anak-anak perlukan disiplin. Mereka mahu hidup mereka dikawal untuk mereka berasa selamat.

Ayuh ibubapa sekelian. Sayangilah anak-anak kamu. Tunjukkan ketegasanmu dalam mendisiplinkan mereka tetapi tidak lokek dengan sentuhan kasih sayang. Kawal telefon biombit mereka dan jadualkan waktu untuk mereka berhibur dengan TV dan komputer. Jadilah ibubapa yang celik IT dan bersahabatlah dengan anak-anak anda di dalam dan di luar alam siber.

Sekian. Selamat beramal...






No comments: