04 May 2011

Betul Ke Osama Mati? Ke Ada Udang....?

Sejak semalam dunia kecoh dengan kematian Osama. Rakyat Amerika berpesta mendengar berita itu. Benci benar mereka dengan Osama. Rata-rata orang kapir bersorak sakan bila Osama mati. Ada juga orang Islam yang bersorak ikut Amerika.

Samada betul Osama dah bertemu Tuhannya, hanya Allah yang tahu. Gambar yang dihidangkan di TV tak boleh dijadikan bukti. Kenapa mayat Osama tidak diberikan kepada keluarga nya untuk disemadikan cara Islam? Kenapa mesti 'kebumikan' di laut? Kenapa tergesa-gesa sangat mayat Osama dikebumikan? Kenapa tak pastikan benar-benar bahawa itu Osama.

Amerika ada teknologi canggih untuk pastikan itu Osama. Paling mudah  ialah buat 'DNA fingger-printing'. Presiden Obama sendiri buat makluman pada dunia bahawa tenteranya dah berjaya membunuh Osama. Seperti ada udang disebalik batu. Amerika dah tak larat lawan Osama, bila Obama maklumkan Osama mati, beban Amerika gugur. Itu sebenarnya. Amerika dah terlampau lama buru Osama dan menyebabkan hutang Amerika meningkat ke satu jumlah yang lebih besar dari KDNK Amerika, iaitu USD15 Trillion.

Kos perbelanjaan untuk menjejaki Osama dah tak larat ditanggung Amerika lagi. Tak dapat tidak kematian Osama mesti diusahakan demi untuk menyelamatkan Amerika. Bukankah Presiden Obama mengishtiharkan mahu menarik balik tentera AMerika dari bumi Afghanistan pada tahun depan kalau tak silap. Mana boleh Amerika balik tanpa objektif tercapai. Olehitu, kematian Osama mesti dipentaskan agar rakyat Amerika terhibur sedikit dan Presiden Obama dapatlah menaruh harapan untuk penggal ke-dua di Rumah Putih.

Sejak dari awal perang yang kononnya membenteras keganasan Amerika dah sakit. Sakit hati dan ekonomi. Minyak Iraq dan laluan paip minyak yang melalui Afghanistan belum tercapaiu sepenuhnya. Tapi kos pembiayaan peperangan ini terlampau tinggi untuk Amerika. Dollar Amerika adalah pada tahap terendah sekarang. Bandingkan dengan mana matawang dunia yang lain, kebanyakkannya meningkat berbanding Dollar Amerika. Kenapa? Mungkin  sebab ekonomi mereka naik. Mungkin. Tapi yang pastinya adalah Dllar Amerika yang jatuh tersembam disebabkan oleh nilai hutang yang tersangat tinggi. Amerika sudah bankrap sebenarnya.

Tapi disebabkan negara-negara lain masih mendukung USD, maka ekonomi Amerika masih tertegak walaupun dalam keadaan yang sangat bongkok. Masih berdiri. Kalau negara lain punya nilai hutang melebihi KDNKnya, pasti telah bankrap!. Lambat laun Amerika akan runtuh juga. Itulah sebenarnya yang cuba diselamatkan oleh Obama. Supaya Amerika terus berdiri memijak dunia. Untuk berbuat demikian, hutang jangan semakin besar. 

Maka punca utama hutang itu bertambah harus dikubit. Perang perlu dihentikan. Osama mesti dimatikan. Bila Osama mati, Amerika ada alasan untuk menghentikan perperangan samada di Afghanistan, Iraq ( askar Amerika masih ada di sana) atau pun Libya. Bila tiada lagi perang Obama boleh mengalihkan usahanya untuk meraih simpati rakyat Amerika untuk mengundi semula beliau. Beliau boleh mengangkat dirinya sebagai hero Amerika. Orang yang dapat  mengalah raksasa besar Osama.

Duit Amerika dapatlah dijimatkan dari membiayai perang sana-sini. Federal Reserve bolehlah berhenti mencetak USD lagi dan menghentikan kejatuhan nilai USD itu ssendiri. Barulah dapat Obama menjalankan rancangan untuk membina semula ekonomi AMerika yang telah ranap.

Osama mati Obama senang hati. Cukup sudah Osama berperanan untuk helah Yahudi-Amerika. Maka dimatikanlah peranan Osama itu. Benar atau tidak itu cerita lain. Apa yang penting, agenda menyelamatkan Amerika dari terjual kepada para pemiutang.!!



2 comments:

Anonymous said...

Kerja depa.. nak buat mcmmana.. Tanda2 akhir zaman..

Sheikh Sambal said...

Asrul,
kerja kita pula ialah tingkatkan kerja da'awah agar Islam itu tinggi..