Orang Melayu Felda dan pendalaman Johor nampaknya masih pekak darah UMNOnya. Undi mereka tak menang dek PAS. Walaupun PAS datang dengan calon yang terbaik berbanding calon BN yg berbeban dengan kes mahmakah dan tuduhan salah guna kuasa. Pun begitu BN/UMNO menang dengan majoriti yang bertambah.
Walaupun kawan selimut UMNO, Si Mamat Soi Lek berjuih mengutuk Islam, Melayu Felda di Tenang tidak nampak celanya Soi Lek berbuat begitu. Undi mereka pada UMNO tetap bertambah. Berlainan dengan Cina Labis. Mereka menyokong PAS walaupun sebahagian besar mereka tak dapat pergi mengundi kerana BN/UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk tidak mengangkut mereka ke tempat mengundi dalam banjir yang melanda.
Penghinaan Soi Lek yang dibiar dek UMNO, maka bala pun turun. Bergenang Tenang dalam Banjir. Habis Johor, Segamat, Kota Tinggi, JB dan Labis. Tak sempat habis hari mengundi. Banjir menyesak. Bergenang.
PAS tetap tenang menghadapi ujian Allah. Dah memang biasa kalah. Jadi kalah kali ini bukan susah didepani. Tenang tenang sahajalah... kerana sebenarnya PAS menang di sisi Allah. Bukan keputusan yang penting tetapi usaha untuk mendaulatkan Kalimah Allah di Bumi Labis. Itu yang sebenarnya.
Tenang bergenang dengan banjir...tetapi PAS tetap tenang menghadapi ujian....
Sheikh Sambal
No comments:
Post a Comment