Salah satu cara paling senang untuk meningkatkan pendapatan negara ialah pungut duit dari rakyat. Selain cukai seperti cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, GST dan macam-macam lagi, saman adalah alat paling efektif untuk menambah pendapatan negara.
Kerajaan Najib sangat faham tentang sikap orang-orang Malaysia. Mereka suka memandu ke sana ke mari. Pemilik kereta di Malaysia pula adalah antara peratus yang tertinggi di dunia.Bila memandu kereta tentu ada perlangagaran undang-undang yang sedia banyak. Dari yang besar seperti perlukan lesen memandu sampailah kepada perkara kecil seperti memakai talipinggang keledar di tempat duduk belakang.
Kini Rejim Najib telah jumpa lagi satu cara untuk menaikkan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi. Saman. Beberapa hari lepas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menyatakan Kerajaan akan MENYELARASKAN kadar kompaun bermula pada 1 Mac 2011. Biasanya bila selaras maksudnya kadar akan naik. Bukan itu sahaja, kalau lambat bayar, saman itu akan meningkat jumlahnya. Macam skim bunga pinjaman Ah Long Bukit Beruntunglah.
Seperti biasa kerajaan akan menggunakan alasan yang lunak untuk menjustifikasikan kenaikan kadar baru tersebut. Katanya "matlamat agensi penguat kuasa itu bukan untuk mencari keuntungan tetapi mendisiplinkan pengguna agar menghormati undang-undang jalan raya". Hahahaha..... kelakar sungguh. Siapa percaya ini maka dia mesti percaya Kak Rosmah masih dara.
"Sebelum ini kerajaan memberi peluang untuk pesalah lalu lintas menjelaskan saman dalam tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lepas, tetapi tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh orang ramai." katanya. Kata aku pula, "dah orang tak cukup duit nak belanja dapur, yuran sekolah, duit minyak dan bil api dan air, camana nak bayar saman ekor dan macam2 jenis yang berjela-jela!"
"Matlamat utama kami bukan untuk cari untung tetapi bila kita buat salah, kenalah selesaikan, itulah peraturan namanya. Sebagai contoh, kalau kita makan nasi di restoran kita mesti kena bayar," katanya di sini hari ini. Makan nasi dengan saja cari kesalahan orang sama ke Datuk? Orang makan nasi nak hidup, kau cari salah orang nak menginiaya orang (membunuh cara perlahan-lahan)
Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan di bawah peraturan baru mulai 1 Mac depan, kompaun lalu lintas akan diselaraskan iaitu kompaun RM150 dinaikkan kepada RM200 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 15 hari dan RM300 jika tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.
Tu dia...tanpa malu-malu lagi Rejim Najib menekan orang ramai. Mentang2lah pemilik kereta di Malaysia berjuta-juta, sedikit kenaikkan dan ditambah pula dengan KADAR BUNGA yang tinggi, senanglah Malaysia jadi Negara Berpendapatan Tinggi.
Negara lain capai taraf pendapatan tinggi dengan berniaga dan bekerja lebih baik dan bijak mengatur kewangan, tapi Najib ambik jalan mudah jer...nak ambik duit pertukaran asing payah, ambil jer duit rakyat!
Cara terbaru; saman yang berbunga!!
Sheikh Sambal
No comments:
Post a Comment