Orang Islam walaupun memegang puncak kuasa tetapi masih miskin dan terhina. Penjajah telah berjaya meletakkan mental orang Islam terjajah walaupun telah merdeka. Kemerdekaan yg sebenar tidak diberikan sepenuhnya. Kalau orang lain boleh berhimpun sejuta bila tetapi bila BERSIH nak berhimpun 300k orang, dicap akan menyebabakan pelbagai sengsara kepada negara. Itulah tidak demokrasi di negara orang Islam spt Malaysia.
Hak-hak umat Islam tidak dilindungi. Walaupun bumi Islam kaya raya tetapi umat Islam amat dhaif. Ini semua adalah legasi dari penjajahan Barat yang kini didokong oleh pemerintah kontemporari nasionalis umat Islam. Golongan Asobiyah Melayu contohnya amat hebat menyokong sistem korup yang ada sekarang.
Para pejuang keadilan Islam perlu berusaha lebih kuat untuk menuntut keadilan. Itulah perhimpunan BERSIH 2.0 dilaugkan. Perhimpunan ini adalah untuk keadilan jangka panjang dalam membina keadilan dan kedamaian seperti yang dicatat dalam Buku Jingga.
Membuktikan keadilan Islam sebagai keadilan umum. Islam merangkumi kebajikan untuk semua. Negara Berkebajikan sebenarnya adalah pembinaan negara Islam. Kebajikan dalam pelbagai bidang adalah tuntutan Islam. Malanglah pada pencacai UMNO yang menuduh PAS telah keluar dari matlamat Islamnya. Mereka ini menampakkan kebebalan mereka dalam pemahaman Islam yang sebenar.
PAS menuju kehadapan dengan Negara Berkebajikan. Bidang IT memainkan peranan penting dalam merealisasikan usaha murni ini. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia begitu terkesima dengan teknologi IT terutamanya golongan muda.
Membangunkan teknologi IT dalam PAS sangat penting. Atas sebab inilah maka PAS Sarawak telah mula menggerakkan penggunaan IT dalam gerak kerja parti. Maka Konvensyen IT Pas Sarawak diadakan di Bintulu kali ini.
Perlu menyedari tanggung jawab dan amanah Allah kepada kita dengan menggerakkan IT. Kursus, seminar dan latihan IT perlu diteruskan secara berkala. Koordinasi antara ICT PAS Sarawak dan ICT PAS Pusat perlu dijalankan secara berterusan.
Koloborasi antara pelbagai jemaah perlu ditingkatkan dari segi pemberitaan dan perkongsian aset. Hanya dengan koloborasi yang baik ini akan dapat menolong memenangkan Islam.
Keilmuan teknologi yang diselaraskan dengan kefahaman Islam itulah yang akan melonjakkan Islam. Mari kita sama-sama mengembelingkan tenaga ulama dan professional untuk menegakkan Islam.
Semuga Allah memberkati Konvenstyen IT dan Pengurusan PAS Sarawak. Semuga berjaya dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment