05 June 2011

Kepimpinan Baru PAS Pekat 'Ulama'nya....

Muktamar PAS 2011 yang diadakan di Dewan KUIZM Taman Melewar yang berlansung pada 3-5 Jun 2011. Muktamar kali ini telah menyaksikan pilihanraya AJK PAS Pusat. Pertarungan sengit di peringkat Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Keputusan pemilihan yang dimaklumkan pada sebelah pagi hari kedua muktamar, menyaksikan Timbalan Presiden dimenangi oleh Hj Mohamad Sabu dan 3 Naib Presiden dimenangi oleh Salehudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa.

Sheikh Sambal seronok melihat perubahan kepimpinan kali ini. Walaupun UMNO/BN akan memainkan gendang isu orang PAS tolak kepimpinan ulamak bila ramai ustaz-ustaz PAS kalah dalam pemilihan kali ini, Kepimpinan Baru ini adalah paling sesuai untuk menghadapi PRU 13. Team PRU 13 ini walaupun bukan ustaz atau ulamak, tapi jiwa mereka adalah jiwa ulamak. Kesemua mereka menyanjungi ulamak lebih dari segalanya.

Bang Mat Sabu boleh dikatakan khadam para ulama. Beliau ditarbiah oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor semasa dalam ABIM. Husam Musa pula adalah orang pilihan dan kesayangan Tok guru. Mahfuz dan Salehudin pula lebih ulama dari ulama. Mahfuz sanggup dipenjara atas prinsipnya menentang Israel dan Salehudin pula hebat berhujah ibarat ulama dengan fakta dan dalil-dalil. Beliau juga khabarnya tak pernah tinggal puasa sunnat Isnin-Khamis sejak dilantik pertama kali dulu.
Pasukan PRU 13 PAS yang pekat fikir ulamanya.....
Kecoh semua media BN pada hari ni menongkah PAS dah sisihkan kepimpinan ulama. Utusan Meloya seolah-olah menjadi pendokong ulama hari ini. Eh...sejak bila pulak Utusan sayang ulama??

Yang pentingnya kesemua AJK Pas Pusat baru adalah taat kepada Majlis Syura Ulama. Tiadak ada lansung isu yang mengatakan PAS telah menolak ulama. Ini hanyalah FITNAH mainan UMNO/BN. Memanglah fitnah ini mainan mereka, jadi tak payahlah dilayan. Biarkan mereka menyalak...nanti letih senyaplah dia.. tunggu menyalak lain pulak.....

No comments: