06 October 2010

Masa Untuk Berubah...Orang Sarawak, Pangkah Biar Betul!

Masanya telah amat dekat. Orang Sarawak semakin punya kekuatan untuk berubah. Tok Uban akan meleraikan teka-teki pilihanraya negeri tak lama lagi. Khabar angin yg bertiup kencang menyatakan bulan sebelas selepas perhimpunan agung Umno. Seerentak dgn DUN Galas. Mungkin. Paling tidak Taib rasa orang Kelantan segan sikit nak tolong PR Sarawak sbb sibuk di Galas, Gua Musang. Kenapa selepas Perhimpunan AGung Umno? Sbb Najib nak kempen dgn mantap selepas perhimunan agungnya. Juga selepas pembentangan Bajet 2011, sbb Najib akan htr byk gula-gula sebagai peluru kapur ke Sarawak.

Silakan...mari kau bawak segala peluru kapur atau ori. Pasukan PR sudah bersedia utk menentang BN/PBB habis-habisan di Sarawak ini.

Tadi dalam Berita TV3, Menteri Kerjaraya Syaziman, sibuk tabur gula-gula pada masyarakat sekitar Bandar Miri. Jalan-jalan raya sekitar Bandar Miri katanya byk yg teruk berlubang dan tak sempurna. Maka turunlah duit dari kayangan utk menurap semula jalan-jalan yang teruk tu. Untunglah orang yg duduk bandar. Dah ada jalan raya elok, dicantikkan lagi. Mayarakat di kampung-kampung sekitar Miri spt Bekenu, Bakong, Lambir, Kuala Baram dan Kelulit, pakailah jalan tanah merah berlumpur waktu musim hujan dan berdebu pada musim panas.

Nampak sangat cuba mengula-gula orang-orang Cina di Bandar Miri. Tu takut SUPP kalah lah tu. Peruntukan yang sepatutnya pergi membina prasarana di kawasan pendalaman yg hidup dhaif,digunakan untuk kepentingan politik sempit BN. Woi, Syaziman, ko pergilah naik kereta masuk kampung. Kalau pakai Viva lagi bagus...biar tercabut tayar tu. Jangan naik helikopter. Kang yang ko nampak hanya balak dan RM jer.....(eh..hutan pun byk dah gondol ...mana ada balak lagi...hu hu hu)

Tentukanlah keutamaan. Bukan buat projek maggi mee saja. Ini tidak...bila nak pilihanraya barulah nak bawak kemudahan dan kemajuan ke tempat2 yg dulu tak pernah ko pikir pun. Pasang janji banyak-banyak. Biar orang kampung tertunggu-tunggu bila sebenarnya janji akan tertunai...cerita pasal janji pilhanraya BN memang terer..tengok entri lama saya di sini

Letih dan sedih melihat kekurangan dan kedhaifan kawasan pendalaman..Bumi Kenyalang Yang Bertuah  ini....tapi Bandaraya nya jalan dah elok diturap lagi.....demi mengambil hati...orang SUPP...


Sheikh Sambal

4 comments:

Anonymous said...

Sdr SS, (saya singgah disini plak)

seelok nya kita harus mengetahui kekuatan maupun kelemahan tim.. sekaligus, kita harus mengetahui kekuatan dan kelemahan lawan.. jangan sekali-kali bertindak sembrono..

pabila lawan hadir dgn taktik kebiasaan nya, jgn lah diacuh atau dikondem, jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk berjuang untuk mendapat redha Illahi..

mereka adalah parti pemerintah..

mereka nak buat apa prasarana bandar atau desa, itu kewajipan mereka, memang tidak dinafikan trend pemerintah 'asal nak undi buat projek' 'asal buat projek nak undi' (mcm ayat ust kazem la plakkk)

itu hak anda hak saya dan hak rakyat jelata utk mendapatkan kannya..

itu semua rakyat dah hadam taktik beeEnd.. tapi rakyat pedalaman bagaimana? mereka puja mereka dambakan yg sebegini?? apa kewajipan bapak-bapak dan anak muda yg masih di desa yg masih mencangkul bertani, berhuma padi untuk bersama dlm perjuangan merobah KERAjaan.. mereka akan berkata "ahhh, cukup lah tok, belajar sik tinggi, kerja dikampung dapat juak duit nyara keluarga" dan tidak semua khalayak umum tahu struktur politiknya apatah lagi dengan kepelbagaian kaum..

jgn anda fikir tiada yg bersikap seperti itu.. terperangkap dalam kemiskinan, pengangguran dan kemelaratan.. kenapa ini terjadi?? karena tidak mampu mengembangkan jiwa.. bak kata anda,, mereka ditakut-takut kan, hasil didikan org desa sarawak berbeza dgn kat s'menanjung?? tak gitu? takut BERJIHAD? non muslim cammana? diharapkan pengembangan sayap DHPP ke sabah dan sarawak dapat meresap dakwah kepada non-muslim untuk bersama-sama JIHAD. cabaran yg besar!

pati sup!

kepimpinan SUPP kekal tidak berubah semenjak dulu dengan pemimpin-pemimpin lama..

bertahun tahun masih menganga peluang andai tayeb Melano-Melayau jatuh, akan diNGAP SAYOT sarawak..

bencinya kaum Cina dgn SUPP sebab BeeEnd liat untuk tunai sebahagian permintaan dan janji bala2 mereka..

mereka berani tolak dan jatuhkan pemimpin sebangsa dgn mereka..

tapi berani kah melayu iban kenyah kelabit kayan melano??

ada 4 sekutu BN berkutu di s'wak : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).. pernah keempat-empat sekutu BN di Sarawak dilanda krisis dalaman yang kronik.. tapi mereka cepat sembuh luka, tetapi parut masih ada di hati 'grass root'

ahli akar umbi ini lah penentu hala tuju tumbang nya parti komponen beeEnd ini..

pangkah biar betul.. dah besar panjang sik pandey miker lagik ka??? atau masih

mari kita lihat apa tayeb pasai manifesto utk Sarawak >

"What is realistic about my manifesto? I don't want to promise something I cannot do. What I can or cannot do depends on how the people respond. So I have to be very careful about what I have to say. If I say something the people cannot respond to, then it is going to be a plan that cannot be implemented.

"So I have to come out with a manifesto for Sarawak that is easy for the people to understand... there is a shift to a different kind of economic model,"

kah kah kah.. lagi tayeb nak main wayang cina utk cina,, bersilat depan melayu, dan ngajat utk iban dayak..

tunggu lah,,, berkuasa lah sehingga gelombang tsunami melanda empayar Chief Minister of Sarawak.. inshaAllah.

Sheikh Sambal said...

Sdr Ano,

Terima kasih atas sokongan dan nasihat saudara.
Memang benar orang pendalaman ramai yg bersikap 'tidak apa' dan 'cukuplah apa yg ada'. Tapi sikap itu sedang berubah sekarang disebabkan keadaan mereka semakin terpinggir dan tanah tempat mereka mencari makan makin terhakis oleh ketamakan Taib & kroni. Isu tanah NCR cukup hangat di kawasan pendalaman.
Dalam expedisi kami ke sana dan berjumpa dgn mereka, jelas benar rasa tidak puas hati mereka.
Rmh panjang mereka ada yang kena roboh oleh syarikat kroni utk diambil tanah buat ladang.
Kita akan tolong mereka dlm menangani isu NCR ini.

Sebenarnya byk isu yg sdg kita GALAS...cuma tenaga kita tidak cukup..kita sdg buat apa yg termampu setakat ini.
Program da'awah berterusan. DHPP Sarawak akan dilancarkan tidak lama lagi.. kita yakin dgn DHPP , da'awah kita utk 'reach-out' kpd non-muslims akan lebih berkesan...
Semuga ALLAH memberi taufiq dan hidayah...

dlepak said...

ITU LAH DUNIA POLITIK...
penuh dgn tipu helaH.....di mana juak politik itu bertapak yg pasti nya akn penuh dgn JANJI2 dan angan untuk membina impian dan harapan...
terpulang lah kepada rakyat hendak menilai sejauh mana kebenaran setiap pARTI...Oleh hal yg demian lah sebab nya sy tidak mahu MEGUNDI MANA2 PIHAK.....

nak d kata kan semua pARTI Politik penuh dgn penipuan dan rasuah nya...

tiada beda nya dgn Parti PKR,PAs,UMNO &,PBB semua nya sama sahaja.....PENIPU.....DAN mementing kan kepentingan PARTI mereka sendiri.............

Semua Parti Bila membuat sumbangan pasti tidak akan melupakan wartawan...APA TUJUAN WARTAWAN ITU....
kalau tidak bukan untuk publiksiti....huh ssh nak cakap dunia politik ini...
semua nya kuat menipu dan banyak putar belit nya...

Anonymous said...

dLepak,
orang yg macam awaklah yg menyebabkan kerajaan yg zalim akan terus berkuasa. Tak dapat tidak politik Malaysia adalah SItem Demokrasi Beraja... kerajaan dipilih dgn sistem pilihanraya... bila macam awak tidak mahu terlibat (cuma buat bising..itu ini tak betul...) maka parti pemerintah yg dah korup akan terus kerkuasa!
Kalau awak benci pada penipuan dan rasuah, ayoh daftar sebagai pemilih dan gunakan kuasa yang ada untuk memilih parti yang lebih baik untuk memerintah negara.!
Jangan sebab BN byk rasuah awak kata, orang lain pu rasuah sama! Ada orang PAS kena tangkap rasuah> Ada orang PR lain kena tangkap rasuah? Yang selalu kena tangkap ialah orang BN...paling terbaru jerung MCA si Ling Lion Sik dlm skandal PKPZ..dia tu sapa? Orang PAS atau PR ke?
Apa salahnya panggil wartawan dalam majlis sumbangan...publisiti untuk memberitahu rakyat bahawa kita wujud..dah rakyat kenal kita mereka akan cinta pada kita..itu menipu ke? Awak salah faham sungguh...
Maka disbbkan orang macam awaklah, Taib dan kuncu2nya boleh apa yg mereka suka pada Negeri Sarawak yg indah ini..(kini tak seindah dulu sbb dah kena jarah dek lanun tokuban!).

i rst my case...