12 July 2010

Fairy Cave Ok....Tapi Kolam Air Panas Paku, Bau; Indah Papan Tanda Dari Rupa

11/07/2010 (28 Rejab 1431H) Hari Ahad. Hari cuti begini memang SS suka menjelajah kawasan sekitar. Kebetulan minggu ini SS berada di Kuching maka, SS ambil kesempatan untuk melawat Fairy Cave (Gua Pari-Pari) di Bau, kira-kira 1jam memandu dari Kuching. 

Fairy Cave menakjubkan. Kita terpaksa memanjat tangga lebih kurang setinggi 6 tingkat bangunan untuk sampai ke pintu Gua. Gua batu kapur ini menunjukkan keindahan ciptaan Allah. Tidak sebesar Niah atau Mulu tetapi cukup untuk menginsafkan kita tentang kebesaran Allah.

 Depan Fairy Cave kini ada sawah luas..indah pemandangannya. Pasti yang mengusahakan sawah ini petani Cina yang ramai mengusahakan tanah pertanian di Bau ini.Ada orang menggelarkan mereka Cina Bukit. Bukit tak bukit, mereka memang rajin dan industrious. Dulu masa SS pertama kali datang ke sini pada tahun 2007, sawah depan gua tu tak ada lagi, hanya belukar. Ini satu perkembangan yang baik.

Walau bagaimana pun, Gua Pari-Pari patutnya ditingkatkan lagi nilai estetik dan perlancongannya. Kebersihan perlu diutamakan. Jangan benarkan orang ramai membakar colok didalam gua ini.SS dapati bila ada batu stalagmit yang berupa pelik, ada saja orang sembahayang di situ (membakar colok) dan membiarkan sampah/tinggalan colok tercocok dan bertaburan di situ.



Dalam perjalan pulang ke Kuching SS dan sahabat, Rith, singgah pula ke Kolam Air Panas, Paku...setelah terlihat ada papan tanda warna cokelat tepi jalan besar yang menunjukkan arah kawasan perlancongan tersebut. Melihat papan tanda tersebut menaikkan selera untuk berendam dalam kolam air panas semula jadi. Kata orangkhasiat mandi Hot Spring boleh menyegarkan badan. So SS dan Rith pun membelok ke arah Kolam Air Panas Paku seperti yang ditunjuk oleh tanda arah itu.
Masuk saja ke simpang jalan depan sikit kami dah hilang punca. Selepas bertanya, kami pun ditunjukkan kepada satu jalan kecil masuk ke kawasan lkampung. Jalan Air Panas elok sahaja. Ada bahagian yang baru diturap. Kami memandu jauh ke dalam kampung tapi tak jumpa kolam air panas tersebut, sehinggalah kami sampai ke hunjung kampung yang jalannya terus masuk ke sebuah gereja. Kami pusing semula dan bertanya pada seorang tua berkaca mata hitam yang sedang berbasikal.

'Lorong Air Panas 5', kata orang tua yang santai itu. Kami pun cari Lorong 5 dan terjumpalah papan tanda kecil yang menunjuk ke arah Kolam Air Panas. Aiks..kat tepi jalan besar tadi sikit punya gah... tetapi papan tanda kat dalam ni pula hanya sebesar kertas A4 dan hanya denga tulisan tangan...sungguh menyedihkan.

Lorong masuk tidak berturap. Lebih Kurang 30 meter dari jalan utama, nah....itu lah di Kolam Air Panas Paku. Airnya berwarna keruh kehijauan dan nampak seperti air longkang. Dikelilingi paya. Keadaannya sangat tidak terurus. Dua keping kayu papan selebar sekaki dijadikan titian untuk ke tengah kolam. SS rasa airnya lebih kurangsekitar 40 darjah selsius.

Sungguh menyedihkan keadaan kolam ini. Potensi perlancongan telah diperkosa oleh pengurusan yang jelek. Jika tidak mahu menguruskan kawasan ini, janganlah dibuat papan tanda besar di tepi jalan besar yang mengiklankan kawasan perlancongan yang harus dilawati. Menteri Perlancongan Sarawak harus disalahkan kerana tidak mengambil endah tentang kawasan ini.

Alangkah  baiknya kalau Kampung Sibulung yang punya kolam ini dapat manfaat dari industri perlancongan Sarawak yang agak besar. Ini tidak. Potensi yang ada dibazirkan sahaja. Amat memalukan kalau ada pelancong yang pergi mencari kolam ini seperti SS dan Rith hari ini dan mendapati kolam air panas itu hanyalah paya yang ada air panas dengan air yang bertakung warna keruh kehijauan.

Bagai longkang!.

I rest my case......



.

Sheikh Sambal

.

4 comments:

Anonymous said...

kalau mcm tu apa kata SS je lah yg pergi buat kerja amal gotong royong membersih kan alam sekitar...

Anonymous said...

kalau mcm tu apa kata SS je lah yg pergi buat kerja amal gotong royong membersih kan alam sekitar...

Sheikh Sambal said...

Ano; Tugas SS ialah menegur apa yang patut di tegur...kerajaan Negari Sarawak patut ambil inisiatif untuk membagunkan kawasan itu...bukan iklankan tempat yang tak elok pada pelancong... Peruntukan untuk pembangunan industri pelancongan negeri amat besar...kenapa tak digunakan... Kalau harapkan gotng royong kerja amal, apa sangatlah yang dapat di buat..tak gitu Cik Ano?

Anonymous said...

betul laa..kalo mcm ne tak jadi laa nak pegi yerr...ingtkn signboard warna coklat mmg betul tmpat pelancongan..hampehhhhh...