16 October 2009

YB Lee: Gusar Memikirkan PAS....

Pas Miri akan julung kalinya mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri pada hari Sabtu 28 Shawal 1430 bersamaan dengan 17 Oktober 2009. Ini adalah pencapaian KPI yang cemerlang untuk PAS di Sarawak. Selepas Bandar Kuching, Miri kini menjadi pusat PAS berdakwah di Bumi Kenyalang ini.
Banting (banner) untuk mengajak penduduk sekitar Miri datang ke majlis itu pun dah dipasang di beberapa kawasan strategik di sekitar Bandar Miri. Maka akan berbulu lagilah mata YB Lee Kim Shin bila beliau melihat ada lagi banner dan poster PAS dipasang di kawasan beliau. Dalam Borneo Post 2 hari lepas, YB Lee Kim Shin kecewa kerana telah ada penyokong dari rakyat tempatan yang memasang banting ucapan sambutan Aidil Fitri di Miri. Sebelum itu beliau juga dilaporkan gusar bila terdapat banting Sambutan Aidili Fitri yang dipasang di kawasan beliau.
Banner jemputan Aidil Fitri kalai ini rasanya akan lebih menggusarkan beliau. Ada semacam ketakutan yang dihadapi oleh para pemimpin BN tempatan bila bersemuka dengan PAS, walaupun hanya simbol atau banting sahaja. Mereka tidak begitu kesah dengan PKR dan DAP. Tetapi bila PAS muncul, hati mula ketar dan gusar.
Sebenarnya ini mudah difahami. PAS untuk berkembang biak dikawasan atau negeri yang tidak mempunyai ramai orang Islam dan kefahaman tentang Islam di kalangan rakyat tempatan hanya sekadar adat orang Melayu, adalah ibarat mendaki Gunung Everest tanpa oksigen atau berenang merentas Laut China Selatan dengan sebelah kaki. Sungguh payah dan jerih. Jadi, bila ada manusia yang berusaha untuk menghidupkan PAS di sini maka manusia-manusia itu adalah wirajagat(superhero). Bagaiman mahu lawan superhero. Mereka kuat (semangat). Itulah yang ditakutkan oleh Lee Kim Shin.
Para pejuang PAS bergerak tanpa mengharapkan balasan meterial. Mereka yang mengeluarkan wang dan tenaga untuk menggerakkan PAS. Inilah yang ditakuti oleh YB Lee kerana BN terpaksa berbekanja besar untuk bergerak. Nasib baik mereka memegang kantung duit kerajaan. Kalau itu tak ada, lama dah BN akan terkubur.
YB Lee belum tau ke bahawa PAS KAwasan Miri sudah pun berdaftar. PAS akan bertanding di Miri bersama Pakatan Rakyat. Mungkin pembahagian kerusi belum lagi selesai tetapi PAS Miri telah mula bergerak untuk menyambar satu kerusi di Utara Sarawak.

2 comments:

Anonymous said...

Salam tuan sambal,

Baru gantung banner kan, belum bukak pejabat lagi...belum buat ceramah umum lagi...belum buat demo lagi...

Sheikh Sambal said...

W'salam...Ano,

ya memang...pejabat sedang diusahakan...ceramah umum belum ....kelompok ada...

kalau cermah umum kita....rasanya FRU 1 Sarawak turun... he he he...