08 October 2009

Bila Terdesak Mereka Mengganas!!

Malam tadi Markaz PAS di Bagan Pinang diserang oleh orang UMNO dan lebih enam orang pemuda PAS ditumbuk. Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki terbabit telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka. Berita lanjut di sini.
Ketua DPP Ustaz Nasarudin Tantawi telah mengerahkan semua pemuda negeri datang ke Bagan Pinang untuk mengawal keselamatan. Memang keselamatan kita, kita yang kena jaga. Polis memang tak boleh diharap. Buatlah laporan bertimbun sekali pun, takkan ada tindakan. Tapi lihatlah kalau orang UMNO yang kena tumbuk tau kena tepuk, melilau mereka mencari pembuat angkara.
Sepatutnya PAS telah belajar dari peristiwa di Ijok. 4 orang pemuda PAS Hulu Langat kena belasah oleh samseng UMNO dari Kelang. Akibat dari itu seorang terpaksa dimasukkan ke ICU dan yang lain terpaksa dirawat diwad biasa. Laporan polis dibuat tetapi sehingga hari ini tiada tangkapan atau apa-apa siasatan dibuat. Yang peliknya, dalam TV malam tu, ditunujkkan budak UMNO dipapah masuk ke dalam ambulan dan dituduh PAS yang pukul.
Ingat, UMNO akan melakukan apa saja untuk menang di Bagan Pinang. Mereka dalam keadaan yang tertekan. Seperti binatang yang cedera, mereka akan mengamuk bila ada peluang. Poster dan banner mereka dijatuhkan cuma alasan untuk bertindak liar. Dan itulah yang terjadi malam tadi.
Provokasi awal yang dilakukan oleh Ketua 'Puteri' UMNO Dato' Azeez bahawa beliau ditumbuk (baca:ditepuk) pada hari penamaan calon adalah 'run-up' kepada provakasi yang lebih hebat. Peristiwa malam akan digoreng oleh media mereka dan PAS akan digambarkan sebagai pihak yang ganas dan UMNO adalah mangsa, walaupun yang sebaliknya yang sebenarnya berlaku.
Lujanah Keselamatan PAS perlu lebih berjaga-jaga. Ini adalah 'perperangan'. Kita mesti bersiap siaga sentiasa. Perkara yang lebih buruk boleh berlaku. Semua markaz dikawal rapi oleh pemuda-pemuda berani kita.
Hari-hari terakhir ini amat penting. Tindakan UMNO akan lebih ganas kerana mereka lebih tertekan. Semuga semua petugas PAS cekal menjalankan tugas mereka. Mari kita semua bersolat hajat dan munajat kepada Allah agar turun pertolongan Allah kepda PAS di Bagan Pinang. Amin...

No comments: