12 October 2009

Masa Untuk Muhasabah Diri...

PAS masuk ke Bagan Pinang sebagai underdog. BP ialah kubu kuat UMNO. Dulu UMNO menang dengan majoriti 2,333 undi. Satu tugas yang amat besar untuk PAS menang. Tapi bila keluar keputusan semalam UMNO memperolehi 8,013 undi manakala PAS cuma mendapat 2,578 undi. UMNO menang dengan majoriti 5,435 undi.
Bukan setakat menang tapi UMNO menang besar. Nampaknya pengundi BP termakan jugak dengan konsep 1 Malaysia Najib. Kempen PR mencanai calon BN kaki rasuah tak ada kesan. Penduduk BP mungkin banyak termakan dengan budi Isa. Ditambah pula dengan duit tunai dan janji manis BN.
PAS masuk Bagan Pinang sebagai underdog tapi berlagak seperti juara. Ini pun menyumbang kekalahan PAS. Betulkah PAS Pusat turun tapi tak mengendahkan PAS tempatan... ini satu dakwaan yang penulis baca dari Malaysia Today.
Banyak lagi dakwaan mengatakan PAS dan PR sangat tidak teratur (disorganised lot). PAS fikir mereka boleh jalan tanpa DAP dan PKR. Ada yang kata selepas 4 hari penamaan calon barulah ada mesyuarat bersama dengan DAP dan PKR. DAP dan PKR buat kerja sendiri-sendir tanpa pandu dari PAS. Betul PAS bertanding tapi mana PRnya? Itulah antara faktor dan dakwaan sebab-sebab kekalahan PAS di BP.
Pada penulis, eloklah PAS kalah di BP. Biar ini jadi wake-up call untuk PAS muhasabah diri. Jangan disebabkan kemenangan lalu, kita masih mabuk tak tentu arah. Syok sendiri, ingakkan rakyat sayang kita.
PAS dan PR patut buat kerja untuk menag hati rakyat, seperti yang BN/UMNO sedang buat sekarang. Kita ada 4 negeri untuk dijadikan model dan modal untuk berkempen dalam PRU 13 nanti. Kalau PR masih nak beramuk dan masih berbulan madu, jagnan harap PRU 13 kita akan menang. Silap-silap Kelantan pun hilang!!
Sekarang adalah masa terbaik untuk muhasabah diri dan buat kerja pikat hati rakyat. Jangan susahkan mereka....

1 comment:

Anonymous said...

salam,syeikh ...

saye rase elok kaji kekalahan PAS di Bagan Pinang,kaji balik sejarah yang lalu...lebih penting kaitkan si kaki rasuah tu dengan kejatuhan Kerajaan Melaka yang disebabkan rasuah yang membarah dalam darah orang Melayu..penting tuh...sejarah tidak pernah menipu kita,tapi 'kita' yang memutarkan sejarah !!!