16 September 2009

Apa Jadi PR Di Sarawak...?

Pada hari Isnin lepas Sheikh Sambal sempat menghadiri satu pertemuan yang bersejarah antara parti-parti pembangkang di Sarawak; DAP, PKR, SNAP dan PAS. Pertemuan ini adalah julung-julung kalinya berlaku di dalam politik Sarawak. Objektif mesyuarat bersepadu itu ialah untuk menubuhkan satu pakatan antara semua parti pembangkang di Sarawak sama seperti yang berlaku di Semenanjung.
Perbincangan berlaku dengan baik dan mesra sekali. Walaupun semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh semua pihak amat baik baik, tetapi DAP berkeras dengan pendirian bahawa PR Sarawak hanya boleh wujud selepas persetujuan dicapai dalam pembahagian kerusi. PKR, SNAP dan PAS bagaimanapun sepakat setuju bahawa pembahagian kerusi boleh dibincangkan selepas PR Sarawak ditubuhkan. Jika ditolak DAP memang PR Sarawak boleh wujud tetapi apalah gunanya jika DAP tidak ikut serta kerana DAP mempunyai kekuatan yang padu di kawasan-kawasan bandar.
Sebenar DAP dan PKR perlu menyelesaikan masalah yang telah lama berlegar. Masing-masing sering berperang di dalam media. Stumbling Block kepada penubuhan PR Sarawak adalah kedua-dua parti tersebut. Perlu ada tolak ansur antara kedua2 mereka. Ada 71 kerusi DUN dalam Sarawak. DAP dan PKR masing-masing memegang 6 dan 1 kerusi yang dimenangi dalam PRU Sarawak pada tahun 2006. PKR kemudian menambah dengan kemasukan YB Gabriel Adit ke dalam PKR menjadikan PKR mempunyai 2 ADUN.
DAP nampaknya lebih degil dari PKR. Ini mungkin kerana mereka mempunyai YB yang ramai dalam DUN. Jadi semestinya ada rasa kerek di kalangan mereka. Olehitu PKR perlulah menunjukkan sedikit rasa hormat tentang itu. Jangan ingat PKR menang besar di Semenanjung maka PKR perlu berselera besar juga di Sarawak. DAP juga jangan besar kepala. Okaylah mereka ada ramai ahli DUN tetapi mereka perlu menghormati kekuatan yang ada pada PKR kerana PKR dapat diterima oleh berbagai lapisan masyarakat sedangkan DAP walaupun parti majmuk, hanyalah dilihat sebagai parti bangsa Cina.
PAS dan SNAP mungkin mempunyai pengaruh dan hasrat masing-masing dan tidak berapa bertindih dengan DAP dan PKR. PAS melihat kawasan yang majorit orang Melayu Islam dan SNAP pula lebih kepada kerusi yang majoriti Bumiputra Bukan Islam. PAS dan SNAP boleh dilihat sebagai penyejuk diantara PKR dan DAP.
Walaubagaimanapun seeloknya PR Sarawak perlu dibentuk secepat mungkin. Dalam kenyataan akhbar selepas mesyuarat bersama yang diadakan, semua parti tersebut bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Bersama yang kerap. Mesyuarat akan datang akan dianjurkan oleh DAP dalam masa 2 bulan lagi. Semangat untuk bersama memang telah terpahat cuma sedikit usaha lagi melicinkan pakatan ini.
Hanya perbincangan dan perjumpaan yang kerap dan mesra akan dapat menolong untuk merialisasikan tertubuhnya Pakatan Rakyat Sarawak. Janganlah disebabkan ego dan kerek ahli politik DAP dan PKR menyebabkan rakyat Sarawak terlepas peluang untuk membebaskan diri dari cengkaman Taib Mahmud/BN.
..SS..

No comments: