03 February 2016

TABUNG HAJI BUKAN TABUNG LEMBAGA



Alhamdulillah... sejak Lembaga Tabung Haji (TH) ditubuhkan hasil idea Prof Ungku Aziz pada tahun 1969, ia telah berkembang pesat dari hanya sebagai 'tabung' untuk bakal-bakal haji kepada   konglomerat yang menguruskan kerja ibadat haji dan dana gergasi terkumpul para penabung. (baca sini tentang sejarah penubuhan TH)

Sejak akhir2 ini TH telah panas dengan cerita2 sensani penyelewengan dan salah guna kuasa pihak atasan kerana menggunakan dana bakal2  haji untuk menyelamatkan 1MDB dan salah tadbir dana sehingga rizab TH menyusut menjadi negatif!. Mengikut peraturannya TH, dividen tahun lepas tak boleh dibayar jika rizab TH negatif. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menulis surat kepada TH tentang hal ini.

Tapi benarkah begitu??

Untuk mendapatkan kepastian semestinya kita cuba mendapatkan berita sohih dari puncanya. Memang banyak blog mengutip berita  TH ini dan menjadikan ia berita untama.. Tanpa memeriksa (tabayyun) pula ramai lah orang percaya dan tidak sedikit pula 'pemberita jadi2an' ini menambah perisa kepada berita sensasi ini dan memviralkannya ke alam maya.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengambil inisiatif untuk bertemu dengan pimpinan dan eksekutif Kanan TH. Pertemuan PAS dengan TH ini sangat sihat. Memang sepatutnya kita tidak mendapatkan berita dari pihak ke-3, ke-4 adan ke-5. Kita harus pergi ke punca dan mengkaji sendiri kesohihan berita yang kita dengar. Dapatkan maklumat dan kaji maklumat tersebut.Inilah yang dinamakan Tabayyun, seperti yang disarankan oleh Allah swt dalam Al Quran,


Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an, al-Hujurat ( 49 ) :6 ).

Syabas kepada PAS kerana mengamalkan politik matang. PAS tidak mengambil berita dari blog mahupun media pojok seperti TMI dan MKini untuk mengulas dan menambah sensasi berita-berita tersebut.
Rombongan PAS yang diketuai oleh TITM

Di samping menemui eksekutif kanan TH, PAS harus juga mengingatkan TH bahawa mereka memegang Amanah umat Islam Malaysia. Dana yang berbilion-bilion dalam TH mesti ditadbir dengan baik. Keputusan untuk melabur, membeli aset atau membelanjakan duit TH mestilah dilakukan dalam sebuah konsensus atau persetujuan ramai. Panel pelaburan TH mestilah orang yang benar-benar berkelayakan dan bukan orang-orang politik (baca: UMNO).

Untuk menambahbaikkan lagi, semua eksekutih kanan TH tidak boleh memegang jawatan di mana-mana badan dan syarikat lain, terutamanya syarikat 1MDB. Sesiapa saja wargakerja TH yang ada kaitan dengan 1MDB harus melepaskan jawatan. Itu saja yang saya nampak untuk mengambalikan keyakinan orang ramai kepada TH.

Jika TH terus-terusan.masih mengekalkan orang politik dalam pentadbirannya..maka tidak hairan suatu hari nanti TH boleh jatuh terbungkang bankrap?!!

Ingat, TH ialah TABUNG HAJI, bukan TABUNG LEMBAGA* !!

Sekian,

Sheikh Sambal.


p/s 
1. Lembaga = makhluk hantu yang berbadan besar yang suka mengcau manusia.






No comments: