Walaupun disokong oleh 80 ribu penyokong setia Harimau Malaya tak larat menyekat permainan licik SingaPura. Sheikh Samabl tengok awal2 dah macam hapa terus malas tengok lagi. Tah hapa yang kena dengan pasukan Rimau kita. Bagai tersampuk oleh aura sang Singa. Lakonan hebat begitu dapat juga mengikat Rimau kita yg ganas dalam igauan penonton.
Singa memang pandai berlakon...sungguh menghiburkan.. |
Apa-apa pun secara semula jadi taring harimau akan tumbuh semula setiap kali ia patah atau tercabut. Walaupun kalah dalam pusingan kelayakan piala dunia ini, Harimau Malaya ada masadepan yang cerah dengan ramainya pemain muda dalam skuad.
Taring patah...akan tumbuh kembali...usah berputus asa...kerana "ada jalaaannnnnyyaaa..." |
Sekarang pun kita lihat demam bola sepak telah kembali ke dalam masyarakat. Bola sepak kita boleh menjadi seperti dulu seperti zaman Super Mokhtar. Dengan integriti dan kekuatan dalaman yang penting untuk menolak sebarang rasuah bolasepak yg mula menular semula, pasukan kita boleh maju.
Jika rasuah dapat masuk semula dalam rencah bolasepak negara maka harapan kita untuk melihat Malaysia bermain cemerlang di pentas antara bangsa hanya akan tinggal harapan sahaja. Ikrar pemain kita pada perlawan akhir Piala Malaysia yang lalu harus dipantau selalu.
Polis harus membuka mata terhadap mana-mana persuah bolasepak (punters) dan jangan memberi mereka peluang menyogok para pemain muda kita. Bukan sibuk tangkap orang BERSIH saja. Jangan jkadi barua UMporNo sahaja. Jangan makan rasuah polis hoi..tapi benteras rasuah. Dalam masa yang sama, FAM harus juga membuat pengisian rohani kepada para pemain agar mereka kebal dari rasuah ini.
Jangan pula pemain tak rasuah , para pentadbir pula haprak makan rasuah. Pasukan pentadbiran mesti bersama-sama para pemain berusaha menjauhkan penyakit rasuah ini. Kalau dah jadi barah, stadium kita akan kosong semula. Mainlah engkau dengan sapa pun penonton non-tegar tak akan datang menonton.
Jauhkan rasuah bolasepak...majulah sukan untuk negara berkebajikan...
Sheikh Sambal.
29 Julai 1201
2 comments:
Lepas ayat majulah sukan untuk negara berkebajikan tu...ana tambah skit!Takbirrrrrrrr!Allahuakhbar3...kita kalah dalam perlawanan bolasepak malam tadi takpo syeikh..tapi kita mesti menang pd PRU13 dengan rejim b-end nanti...InsyaaAllah!masa tu baru taring dah tumbuh utk humban b-end di Malaysia!InsyaAllah...
Ya betul Pokku...nanti rimau PR pulak akan mengoyakkan daging empuk lembu Be-eND..DLM pru13.. biar tersungkur masuk kubur terus..
Post a Comment