15 July 2009

Apa Ertinya Menang Di Manek Urai?

PAS menang Manek Urai dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi. Pada PRU 12 Mac 2008 yang lalu PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Tapi pada PRU 11 tahun 2004 BN menang 53 undi.
Majoriti PAS merudum dari 1352 undi kepada cuma 65 undi. Dalam PRU 12 Mac 2008 majorit undi PAS meroket naik dari kalah 53 undi kepada menang 1352 undi. Apa ertinya semua ini?
Manek Urai memang bukan kubu kuat PAS. Penduduk di sana bebas mengundi siapa saja. Memang PAS mahu pun BN mempunyai 'base' pengundi yang tidak akan beraleh ke mana-mana. Kedua-duanya mempunyai lebih kurang 40% undi. Kemenangan sebenarnya ditentukan oleh 20% pengundi 'pragmatis'. Mereka ini kebanyakannya orang muda 40 tahun kebawah. Mereka tidak taksub kepada mana parti tetapi mereka akan melihat siapa calon dan apa yang mereka dapat jika mengundi calon tertentu.
Pengundi pragmatis ini boleh sahaja beraleh arah dalam masa sekelip mata. Faktor Tok Guru dan Tok Pa (Dato' Mustapa Muhammad) tidak lekat dengan mereka. Mereka mahu perubahan dan pembangunan tetapi masih dalam ruang lingkup Islam. Golongan pengundi pragmatis boleh sahaja terpengaruh dengan janji manis pembangunan. Janji jembatan baru sudah tentunya menarik pada mereka.
Bawalah seribu poster gambar Tok Guru Nik Aziz menagis dalam munajat kepada Allah swt, para pengundi pragmatis ini takkan rasa apa-apa. Lain kesannya pada ahli PAS tegar. Gambar itu tentunya akan digantung tinggi di tengah rumah.
BN berkokok mengatakan kini perubahan besar sedang berlaku di Kelantan. Rakyat Kelantan sudahmeluat dengan PAS kerana itulah majoriti PAS merudum. Tapi ingat, PRU 11 PAS kalah 53 undi dan pada PRU 2008 melonjak kepada majoriti 1352 undi!.
Rakyat Kelantan sebenarnya bijak memilih. Jika PAS mula nampak bermasalah dalaman dan calon yang kurang menarik dari BN, maka mereka akan memilih BN. Tetapi bila BN buat hal tak tentu maka mereka akan mengundi PAS pula.
Oleh kerana itu, PAS perlu memperbaiki masalah imej mereka yang tercalar disebabkan pergolakan PAS Kelantan dan PAS Pusat. Isu lapok (walaupun masih segar bernyawa sebenarnya) seperti rasuah, pengundi hantu, penggunaan jentera kerajaan dan SPR yang berlagak seperti cawangan UMNO bukan perkara utama yang harus di'post mortem' oleh PAS.
Muhasabahlah diri. Banyak kelemahan PAS yang harus diperbaiki. Setiakawan dan perpaduan dengan parti Pakatan Rakyat yang lain mesti di'gamgajah'kan. Para pemimpin mesti berhati-hati dalam membuat kenyataan. Sedikit angkuh akan menyebabkan beribu-ribu undi lepas kepada lawan.
Pembangunan Bersama Islam bukan setakat slogan yang gah tetapi harus benar-benar dijalankan. Kemudahan asas mesti diberi kepada rakyat. Alasan tidak ada peruntukan dan kekurangan duit tidak akan diterima. Sebagai pemerintah MB dan exconya perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah kewangan kerajaan negeri. Royalti minyak Kelantan mesti terus dituntut. Jika perlu dibawa ke Mahkamah, pergilah tuntut keadilan. Isu royalti akan menjadi isu penentu dalam PRU 13 nanti.
PAS mesti terus memberi khidmat kepada rakyat. Tempat seperti Manek Urai adalah tempat tumpuan BN untuk merampas Kelantan dari PAS. Para pimpinan PAS jangan leka dari mengunjungi rakyat di sana. Rapati dan fahami masalah mereka. Berikan penyelesaian yang terbaik kepada masalah rakyat. Rakyat akan tentu memilih pemimpin yang prihatin kepada mereka. Hanya cara ini sahaja dapat mengekalkan para pengundi pragmatis kepada PAS.
Jika PAS silap langkah, dengan sekelip mata sahaja para pengundi ini akan berkampung dalam pelukan BN!!.

2 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

Kadang2 kite x nampak mana satu yang terbaek..
apa yang kite nampak dan 'pegang'..
itulah yang kite sokong~

Sheikh Sambal said...

afzan,
sebab tulah kita perlukan ILMU. Kita perlu tahu apa yang kita 'nampak' dan 'pegang' itu betul atau salah, berdasarkan ILMU.
ILMU suluh hidup. Tanpa ILMU hidup dalam gelap.

ILMU pula mestilah dasarnya Quran dan Hadith sohih....